ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGGEMAR PERODUA

Selamat datang ke Blog promosi PERODUA 2013, untuk keterangan lanjut berkenaan dengan produk, tempahan dan faedah terkini dari PERODUA, sila hubungi kami di talian :

017-4835703

Tempahlah perodua baru sekarang dan rasailah perbezaannya......

New Perodua XT.. !!!!!!!

New Perodua XT.. !!!!!!!

Wednesday 1 February 2012

New Alza SR , Harga Lebih Murah....!!!!!!


Berita baik untuk mereka yang sedang berkira-kira hendak memiliki kenderaan MPV dalam
harga mampu milik. Jika model Perodua Alza pada ketika ini antara MPV yang paling
murah, bermula esok Perodua perkenal model Alza SR dengan harga yang lagi murah dari
Alza sekarang.

Harga Alza SR ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala
RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.
Spesifikasi model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna
bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg
udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan
audio di stereng.

Difahamkan, Perodua memperkenalkan model MPV dengan harga murah ini berikutan
syarat-syarat ketat pinjaman yang diperkenalkan Bank Negara bermula awal tahun ini.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkenalkan varian terbaru
kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan harga jualan lebih rendah
sebagai tambahan kepada varian sedia ada dengan tempahan dibuka mulai esok Khamis.

Model Alza berkuasa 1.5 Liter (L) pertama kali diperkenalkan pada 2009, menerima
sambutan memberangsangkan apabila mencatat jualan sebanyak 37,400 unit sepanjang
tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada rekod jualan sebanyak 180,000 unit kenderaan
keluaran syarikat itu.

Antara ciri perbezaan model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu
warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi
beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem
kawalan audio di stereng.

Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan, sistem audio pemain
cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih ditawarkan kepada pembeli dengan
pilihan enjin transmisi manual serta automatik.

Sumber automotif berkata, model Alza SR yang membawa maksud pemanduan bijak
(Smart Ride) itu ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala
RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.

Berdasarkan harga jualan dalam laman web rasmi Perodua, harga jualan bagi model Alza
1.5 L varian GX (manual) ialah RM55,503.50 manakala model varian 1.5L EZ (automatik)
ialah RM58,503.50. Bagi model versi Advance pula ditawarkan pada harga RM64,203.50
(automatik). Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam
ucapannya ketika majlis makan tengah hari bersama media sempena sambutan Tahun
Baru Cina semalam berkata, pengguna boleh mengharapkan sesuatu yang ‘menarik’ di
semua bilik pameran Perodua pada Khamis ini, namun enggan mendedahkan apa tarikan
itu

Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing berbanding
model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) yang
memerlukan institusi kewangan tempatan membuat penilaian lebih ketat terhadap
kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan,
berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Seorang jurujual kereta Perodua ketika dihubungi berkata, pengenalan harga model Alza
SR pada harga rendah membolehkan seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh
dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu
menyediakan deposit tinggi. “Model ini lebih kepada model mampu milik dengan beberapa
ciri penting tidak dilengkapi, namun tempahan boleh dibuat dan tempoh penyerahan kereta
ini bergantung kepada kelulusan bank,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam. -
Harian Metro

Sumber : mudah.my / http://carca-marba.blogspot.com